Thursday, March 31, 2011

1.0                  PENILAIAN
1.1                    DEFINISI
Menurut Nana Sudjana(1989:2), penilaian ialah suatu tindakan atau kegiatan untuk melihat sejauh mana tujuan-tujuan instruksional telah dapat dicapai atau dikuasai oleh dalam bentuk hasil-hasil belajar yang diperlihatkannya setelah mereka menempuh pengalaman belajarnya(proses belajar-mengajar).
Menurut Djemari Mardapi(1999::8), penilaian adalah kegiatan menafsirkan atau mendeskripsikan hasil pengukuran.
Gay(1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.  Hal ini seerusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Stufflebean et al (1971):xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”.  Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Secara ringkasnya, penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran.  Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

1.2                  TUJUAN
Penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas.  Informasi yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses pembelajaran itu sendiri diperolehi daripada penilaian.  Melalui informasi tersebut, keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikulum itu sendiri dapat dibuat.
1.2.1               Alat mencari punca kelemahan.
Penilaian bertujun untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti.  Selain itu, penilaian bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh dari PKBS.  Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang tertentu.
1.2.2             Mendapatkan maklumbalas(feedback)
Penilaian dilakukan untuk meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid.  Ia juga digunakan untuk menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran, member penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak, dan memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki pengajaran tersebut.
1.2.3             Menilai prestasi/pencapaian/kemajuan murid.
Proses penilaian yang dijalankan dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar.  Selain itu, penilaian juga bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah pelajar kuasai.  Guru akan dapat membezakan pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.
1.2.4             untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar.
Guru perlu mengadakan penilaian sebelum dan semasa pengajaran dan pembelajaran.  Sebelum memulakan pengajaran, guru haruslah mengadakan penilaian dan menguji pelajar-pelajarnya bagi meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari.  Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu.  Ini bertujuan untuk guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. 


2.0 Jenis-Jenis Ujian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
·         Ujian (sejarah & apresiasi seni)
·         Kaedah pemerhatian
·         Kaedah temubual
·         Kaedah perbincangan
·         Kaedah anekdot
·         Menggunakan senarai semak
·         Menggunakan soal selidik
·         Pengukuran sikap
·         Portfolio
2.1 Jenis-jenis ujian yang boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Seni Visual
a ) Ujian Diagnostik ( tentang minat/ sikap dan lain-lain)
Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca-punca yang menimbulkan masalah.  Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam proses P&P, Ujian Diagnostik ( UD) dapat menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya.  Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memulakan sesuatu pelajaran.  Oleh itu, sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang ditemapatkan pada peringkat yang sesuai.
Selain itu, ujian diagnostik digunakan untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967)
Contoh Ujian Diagnostik:
Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang dikumpul guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.
Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni.
Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan pelajaran, selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan peringkat peratusan.
Gambarajah2
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4ND-DoGhnZhvWGB7525faNTP5AfP_zykXPgDENr421Wy1KfLKZPimRHz4EZF6PLvA6fpc9GD04U31saFBaPr-rKPfIkJVh7xbox6-I3vK2GoN-W1ud7GPNqXbKbyq3tkwbCTFvs6vYYs/s320/diagram2.JPG
Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan P&P yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.
Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.(Gronlund,N.E:1965)
b) Kaedah Pemerhatian
Dalam bidang Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara yang berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai contoh dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami dan mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan, seni bina dan sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar akan mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil karya.
Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang dikemukakan kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal, mungkin ia akan memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu daripada gambaran sebenar.
Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran, penglihatan, penyentuhan dan sebagai.
Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan tersebut, guru akan membuat penilaian untuk mengesan perkara yang telah dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga memerlukan maklum balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.

c) Ujian bertulis:
i) Ujian Objektif
Ujian objektif merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta senang dijawab.Salah satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan mudah dan cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu diambil kira supaya susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajarannya melalui keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini disebabkan setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran.
Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan penyelewengan semasa menjawab. Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan item ini perlu dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.
ii) Ujian Subjektif:
Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintifik. Penyataan juga tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara;
a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu
- membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi.
b) pemarkahan secara analitik
      -pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi pecahan markah mengikut kronologi kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Kertas 2: Seni Halus (menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu;
i) Warna – 15 markah
ii) Gubahan – 15 markah
iii) Interpretasi – 10 markah
iv) Kreativiti – 10 markah
Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya pelajar dengan markah yang diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah yang tinggi apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di sebaliknya.
(d) Pentaksiran
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.
Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara tidak langsung mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara kita. Antara persoalan yang timbul seperti berikut;
a) Soalan bocor
b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada
c) Soalan di luar sukatan pelajaran
d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan
e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali.
f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang
berkualiti tinggi.
h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi.
i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah.
j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali.

(e) Portfolio
Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:
a) Komunikasi/ekspresi
b) Keyakinan diri
c) Perkembangan persepsi
d) Pengetahuan seni
e) Ketekalan organisasi estetika
f) Kreativiti
g) Kemahiran
h) keupayaan

Isu yang timbul:
a) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan mengikut takwim penghasilan folio dan hasil karya; menyebabkan mereka terpaksa datang pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu tetapi disebabkan masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak sempurna
b) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat pelajar yang tidak mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di T4 dn T5, tetapi mendaftar mata pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu bermula dari awal proses P&P.
c) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya kualiti P&P dapat ditingkatkan.
(f) Menggunakan senarai semak
Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap P&P Pendidikan Seni.
Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986)
Selain daripada itu, dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama dan yang mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen & Rederick:1978)

3.0          RUBRIK
                3.1            DEFINISI
                Rubrik merupakan panduan penilaian yang menggambarkan kriteria yang diinginkan oleh guru dalam menilai atau mempertingkatkan hasil pekerjaan pelajar.  Rubrik perlu memuat daftar karakteristik yang diinginkan yang perlu ditunjukkan dalam suatu pekerjaan siswa disertai dengan panduan untuk mengevalusi masing-masing karakteristik tersebut.
                3.2          MANFAAT PENGGUNAAN RUBRIK
                Rubrik bertujuan untuk menjelaskan deskripsi tugas.  Rubric juga memberikan informasi bobot penilaian.  Pelajar memperoleh umpan balik yang cepat dan akurat.  Dengan penggunaan rubric, penilaian akan lebih objektif dan konsisten.
                3.3          RUBRIK PERSEPSIONAL
                3.3.1        Skala Rubrik Persepsional


NO

PERNYATAAN
SKALA PENILAIAN
Sangat tidak setuju
(1)
Tidak setuju
(2)
Setuju
(3)
Sangat setuju
(4)

























3.3.2        Alat ukur
KEGIATAN
ATRIBUT
PERNYATAAN

SKOR

4
3
2
1

DISKUSI PRAKTIKUM
DISIPLIN
-Mengumpulkan hasil diskusi tepat waktu.
-Mentaati tata tertib
Tepat

Taat





Tidak tepat

Abai

KOMUNIKASI EFEKTIF
-Kalimat mudah difahami.
-Pendapat disampaikan dengan tepat.
Tepat
Tepat





Tidak tepat
Tidak tepat.

BERFIKIR KRITIS
-Mampu bertanya/menjawab ke arah penyelesaian permasalahan
Tepat





Tidak tepat
PRESENTASI
PERCAYA DIRI
Berani mengungkapkan pendapat dan tampil.

berani




tidak

TOLERANSI
KOMUNIKASI EFEKTIF
Member kesempatan.
Pendapat mudah difahami.
 Pendapat/pertanyaan runtut dan sisematis.
Ya
Ya
ya




Tidak
Tidak
Tidak


BERFIKIRAN KRITIS
Mampu bertanya/menjawab kea rah penyelesaian permasalahan.
tepat




Tidak












3.4           RUBLIK DESKRIFTIF
3.4.1         Bentuk Umum Rubrik Deskriftif

NO
DIMENSI PERNYATAAN
TOLOK UKUR DIMENSI
1
2
3
4













                3.4.1         Contoh Dimensi Penilaian
1)         Karakter peribadi dalam berbagai situasi kondisi(kendali diri, kesabaran, ekspresi perasaan, rasionalitas)
2)       Etos kerja(semangat, target kerja, disiplin, ketangguhan)
3)       Integritas diri(kejujuran, keteguhan pada prinsip, konsisten, tanggungjawab dan keteladanan0
4)       Keerbukaan terhadap kritik, saran, dan pendapat orang lain.
5)       Kermampuan kerjasama, kemampuan komunuikasi.
6)       Kreativiti dan inivasi.