Thursday, March 31, 2011

PRINSIP-PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.  Terdapat beberapa prinsip rekaan iaitu harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.

Ø  Harmoni
·         Maksud harmoni berdasarkan bahasa ialah aman dan damai.
·         Dalam istilah seni pula, harmoni ialah hasil ulangan dan rentak unsure seni yang sesuai dan seimbang.
·         Wujud dalam penggunaan garisan dan warna.
·         Tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.

Ø  Penegasan
·         Wujud apabila terdapat sesuatu unsure yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.
·         Fungsi-untuk menarik perhatian, member fokus dan mengelakkan kebosanan.
·         Dihasilkan melalui penggunaan unsure seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan.

Ø  Irama dan pergerakan
·         Pergerakan- keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar.
·         Fungsi irama dan pergerakan- member kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan.
·         Pergerakan dapat dikenalpasti berdasarkan kesan angin, ombak, air, taufan.

Ø  Kontra
·         Wujud jika ada unsure-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.
·         Fungsi- menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.
·         Dapat dihasilkan melalui penggunaan unsure seni, teknik dan bahan yang berlainan.

Ø  Kepelbagaian
·         Wujud daripada penggunaan gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
·         Dapat memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.
·         Dapat dihasilkan melalui penggunaan unsure seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

Ø  Imbangan
·         Maksud- kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.
·         Jenis imbangan
                                             i.            Imbangan simetri- unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah(garisan “axis” dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut).
                                            ii.            Imbangan tidak simetri- unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

Ø  Kesatuan
·         Maksud- satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan.
·         Dapat menimbulkan suasan yang tenteram, teratur, dan selesa.

UNSUR-UNSUR SENI
üRupa
§  Maksud- pertemuan antara dua hujung garisan(permulaan dan penghujung)
§  Jenis rupa:
                                             i.            Rupa organik- bebas tanpa sudut.
   -kebiasaannya dibuat dengan tangan.
                                            ii.            Rupa geometri- mempunyai sudut.
     -kebiasaanya dibuat dengan alat geometri.

·         Sifat rupa:
o   Dua dimensi(rata tanpa isipadu).
o   Boleh dibezakan melalui nilai warna dan jalinan.
o   Dapat wujud secara negative atau positif.

·         Contoh fungsi rupa dalam karya seni visual:
o   Ragam hias
o   Rekaan grafik
o   Catan
o   Cetakan

·         Contoh aplikasi rupa dalam produk seni:
o   Aktiviti mencorak
o   Menghasilkan muka taip
o   Menghasilkan simbol atau lambang

ü  Garisan
·         Garisan merupakan kesan dari satu titik permulaan yang digerakkan merentasi sesuatu kawasan di atas permukaan dengan menggunakan alat dan bahan.
·         Dapat dilihat pada benda semula jadi dan buatan manusia.
·         Jenis-jenis garisan:
o   Garisan tegak
o   Garisan melintang
o   Garisan penjuru
o   Garisan melengkung
o   Garisa zig-zag
o   Garisa beralun
o   Garisan titik-titik
o   Garisan berlingkar
·         Fungsi garisan:
o   Menimbulkan rupa
o   Menghasilkan corak pada tulisan dan khat
o   Menghasilkan motif pada corak
o   Menimbulkan ilusi cahaya dan bayang

ü  Warna
§  Manusia boleh  membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu.
§  Roda warna- gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu sama lain.
§  Warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama  lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
§  Jenis-jenis warna:
o   Warna asas- merah, biru dan kuning.
o   Warna sekunder(warna asas+warna asas)- jingga(merah+kuning), ungu(merah+biru) dan hijau(kuning+biru).
o   Warna tertier(warna asas+warna sekunder)- biru ungu(biru+ungu), biru hijau(biru+hijau), kuning jingga(kuning+jingga), kuning hijau(kuning+hijau), merah jingga(merah+jingga), merah ungu(merah+ungu)









No comments:

Post a Comment