Monday, April 4, 2011

MASALAH PERTUTURAN
Sama ada masalah bertutur, masalah berbahasa atau kedua-duanya sekali. Masalah pertuturan membabitkan gangguan pada penghasilan sebenar bunyi pertuturan. Masalah bahasa membabitkan kesukaran dalam menghasilkan pertuturan. perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami.
Selain itu, ada juga masalah pertuturan yang membabitkan kecelaruan kelancaran dan suara. Kecelaruan kelancaran adalah aliran pertuturan terganggu oleh penghentian, pemanjangan (ssss-saya) atau pengulangan bunyi (s-s-s-saya) dan suku kata (sa-sa-sa-saya) yang tidak normal.
Kecelaruan suara pula membabitkan masalah dalam penggunaan nada, kekuatan dan kualiti suara. Ini dicirikan dengan kualiti suara yang kasar (harsh), berangin (breathy), tegang (strained), sengau (hipo atau hipernasaliti) atau nada yang terlalu tinggi atau rendah.
Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran kepada pendengar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh penutur dan seterusnya mengganggu komunikasi.

KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Masalah masalah pertuturan adalah :
·         Kecacatan suara
·         Penyebutan bunyi
·         Pertuturan
·         Kelancaran

INDIVIDUALS WITH DISABILITIES EDUCATIN (ACT )
Individuals with Disabilities Education Act (ACT ) merupakan suatu masalah komunikasi seperti gagap, masalah penyebutan, masalah bahasa, atau masalah suara yang memberi kesan yang kurang baik terhadap pencapaian dalam pengajaran.
ASPEK DALAM PERTUTURAN
Terdapat 4 unsur dalam pertuturan. Unsure-unsur tersebut ialah :
1. Suara –pitch, kekuatan, kualiti
 2. Bunyi –suara kuat, suara lemah, nyaring
 3. Artikulasi –gigi, lelangit, bibir, lidah
 4. Kelancaran –tutur tanpa teragak-agak,
                   teragak-agak.

MASALAH ARTIKULASI

Masalah artikulasi juga dikenali sebagai bunyi pertuturan abnormal. Aspek-aspek yang terdapat dalam masalah artikulasi ialah :
·         Penggantian bunyi: wabbit (rabbit), lali (lari)
·         Pengguguran bunyi: idung (hidung),   atuk(datuk)
·         Pengubahan bunyi: perkataan asal hilang maknanya: ship (sheep), honest (onest)
·         Penambahan: annimamal (animal), happy (happy )

MASALAH SUARA         
Masalah ini adalah disebabkan oleh pengeluaran udara daripada paru melalui hidung dan bukan daripada mulut. Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran kepada pendengar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh penutur dan seterusnya mengganggu komunikasi.
Aspek yang terlibat dalam masalah suara ialah :-garau
                                                                              -serak
                                                                                   -sengau
TAHAP – TAHAP TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSEKSUAL

Freud mengenalpasti lima tahap perkembangan psikoseksual. Menurut beliau tahap-tahap dalam perkembangan psikoseksual ini ditentukan oleh objek atau aktiviti yang diperlukan untuk mencapai kepuasan desakan pada tahap tertentu. Freud berpendapat bahawa naluri seks atau naluri untuk mendapatkan keseronokan adalah merupakan tenaga yang paling penting dalam menentukan tingkahlaku seseorang.
Naluri seksual ini dikenali sebagai eros dan tenaga yang datang daripadanya dipanggil tenaga libido. Di mana libido berada di tempat tertentu di tubuh badan mengikut tahap di mana seseorang itu berada.Kelazatan ini akan diperolehi ketika kanak-kanak apabila melalui tahap perkembangan tertentu dan harus diperolehi pada sesuatu ruang masa yang tertentu.
Jikalau ia tidak mendapat kelazatan tersebut, maka ia akan terlekat pada tahap perkembangan tersebut dan semasa dewasa, dan ia akan berusaha sedaya upaya untuk memperolehi kelazatan tersebut. Lima tahap perkembangan psikoseksual tersebut ialah, oral, anal, falik, latensi dan genital.

TAHAP ORAL ( DARI LAHIR HINGGA 1 TAHUN )
Sejak dilahirkan hinggalah berumur satu tahun, sekitar mulut merupakan pusat utama bagi keseronokan bayi. Kanak – kanak pada peringkat ini mendapat kepuasan daripada aktiviti – aktiviti di sekitar mulut. Antaranya ialah menghisap, menelan, menggigit dan mengunyah makanan.
Kanak – kanak yang tidak mendapat kepuasan pada tahap ini dianggap terlekat ( fixated ) dan ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi personaliti kanak – kanak tersebut. Apabila kanak – kanak yang terlekat pada peringkat ini membesar kelak, mereka hanya akan mencapai kepuasan melalui aktiviti makan, menghisap rokok, dan bercakap atau berleter.
 Selain itu, lekatan akan mengganggu kanak – kanak tersebut pada tahap yang selanjutnya. Mereka akan menjadi agresif terutamanya dari segi pertuturan dan mempunyai sikap oral yang tidak digemari oleh masyarakat seperti mengumpat, suka memaki, menengking dan sebagainya.
Freud membahagikan tindakan menyusu kepada dua bahagian iaitu ‘oral incorporative’ dan ‘oral aggressive’. Oral incorporative merupakan tahap penyusuan daripada lahir hingga tumbuh gigi. Orang dewasa yang terlekat pada tahap ini ketika zaman kanak – kanakya akan suka makan dengan banyak, minum banyak, suka mengunyah dan bercakap banyak.
Oral aggressive pula ialah tahap di mana bayi sudah tumbuh gigi dan mula menggigit. Apabila dia dimarah kerna menggigit putting buah dada ibunya, dia mungkin akan mengalami lekatan pada tahap itu. Pada peringkat dewasa nanti mereka akan memperlihatkan sifat suka berleter, menyindir, mengumpat, aiitu melakukan tindakan – tindakan yang menyakitkan hati orang lain.

TAHAP ANAL ( DARI 1 HINGGA 3 TAHUN )
Selepas tahap anal, bayi akan beralih kepada tahap anal iaitu bermula dari umur satu tahun hinggalah dia berumur tiga tahun. Tumpuan tenaga libido adalah pada otot yang mengawal proses pembuangan. Kanak – kanak menumpukan perhatian pada proses pembuangan air besar dan air kecil, iaitu aktiviti di sekitar dubur ( anal ).
 Pertama kalinya kanak – kanak mendapat kepuasan, impuls idnya dikawal oleh ibu bapa dari segi masa dan tempat pembuangan ( toilet training ). Cara ibu bapa melatih kanak – kanak akan mempengaruhi personalitinya. Jika ibu bapa menggunakan paksaan, sedangkan kanak – kanak tersebut belum bersedia sepenuhnya, kanak – kanak tersebut akan mengalami lekatan pada tahap ini.
Kanak – kanak yang terlekat pada tahap ini akan mempunyai trait personliti seperti kelam – kabut, tidak berdisiplin dan suka membazir. Kanak – kanak yang diberi perhatian yang berlebihan oleh ibu bapa disebabkan takut rumah akan menjadi kotor, akan mempunyai trait personaliti seperti terlalu pembersih, kedekut dan degil.




TAHAP FALIK ( DARI 3 HUNGGA 6 TAHUN )
Tahap ini akan berlangsug antara usia tiga tahun hingga enam tahun. Pada tahap ini kanak – kanak menyedari perbezaan alat jantinanya daripada orang lain. Kanak – kanak ini juga menyedari perbezaan peranan antara lelaki dengan perempuan.
Kanak – kanak pada peringkat ini akan kerap bermain dengan alat jantinanya. Sekiranya dia diejek oleh rakan sebaya kerana sering memegang dan bermain alat jantinanya, kemungkinan besar dia akan mengalami lekatan pada tahap ini. Kesannya, kanak – kanak lelaki yang terlekat pada tahap ini akan takut alat kemaluannnya akan dipotong (catastrated ).
Manakala, kanak – kanak perempuan yang terlekat pada tahap ini akan memperkembangkan perasaan iri hati pada alat jantina kanak – kanak lelaki ( penis envy ). Pada tahap ini kanak – kanak mengalami konflik yang perlu diatasinya supaya dia dapat membesar dengan positif dan memperoleh sahsiah yang normal.
Kanak – kanak lelaki akan mengalami ‘oedipus complex’, iaitu dia akan lebih tertarik dan menyayangi ibunya dan akan takut kepada bapanya. Mereka akan menganggap bapanya sebagai saingan. Untuk mengatasi masalah ini, kanak – kanak perlu menggunakan helah bela diri ‘identifikasi’ iaitu, menyamakan diri dengan bapanya dari segi pemakaian, pertuturan dan gaya hidup.
 Manakala, kanak – kanak perempuan pula akan mengalami konflik yang dikenali sebagai ‘electra complex’. Kanak – kanak perempuan yang mengalami konflik ini akan lebih tertarik dan menyayangi bapanya. Sebaliknya dia akan takut dan menanggap ibu dalah saingannya. Bagi mengatasi konflik ini, kanak – kanak perlu identifikasikan dirinya sebagai ibu, iaitu meniru cara berpakaian, pertuturan dan gaya hidup ibunya.

TAHAP LITENSI ( DARI 6 HINNGA 12 TAHUN )
Tahap ini berlaku terhadap kanak – kanak dari umur enam tahun hingga dua belas tahun. Tahap ini juga dikenali sebagai tahap pendaman di mana tahap oral, anal dan falik diintegrasikan dan tiada penambahan elemen baru ( Sprinthall, Sprinthall dan Oja, 1998 ).
Pada tahap ini, naluri seks kanak – kanak yang berlaku pada tahap falik berada dalam keadaan dominan. Kanak – kanak akan meluangkan masa mereka dalam aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta bergaul rapat dengan rakan yang mempunyai jantina yang sama. Kanak – kanak mengalihkan punca keseronokan kepada bermain dengan rakan sebaya di kawasan luar rumah.
Kanak – kanak perempuan akan bermain dengan rakan sebaya perempuannya dalam permainan seperti masak – masak, anak patung, member pakaian kepada anak patung dan permainan kahwin – kahwin. Pada masa yang sama kanak – kanak lelaki akan memperkuatkan lagi sifat maskulin mereka dan kanak – kanak perempuan pula akan mempertahan dan memperteguhkan sifat feminine mereka.

TAHAP GENITAL ( DARI 12 TAHUN DAN KE ATAS )
Tahap ini juga dikenali sebagai tahap pemantapan iaitu akan berlaku kepada individu  remaja dan dewasa. Freud merujuk zaman ini sebagai zaman ‘Sturm und Drang’ iaitu bersala dari perkataan Jerman yang membawa maksud tekanan keterlaluan dan stress. Isu seksual, iaitu tertarik dengan individu yang berlainan jantina timbul semula.
Sebaik sahaja kanak – kanak menghampiri tahap baligh, kehendak seksual akan digantikan dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu.
Individu bermula dengan perana sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak – kanak ditinggalkan dan bermula dengan peringkat dewasa. Mereka yang berjaya mengatasi masalah ini akan memperoleh kehidupan yang normal dan sihat seperti boleh menyayangi dan bekerja dengan produktif ( Sprinthall, Sprinthall dan Oja, 1998 ). Pada tahap ini remaja akan mempersiapkan diri mereka untuk menjadi orang dewasa yang dapat berfungsi dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Jika tiada berlaku lekatan pada tahap ini, remaja akan berkembang denagan sempurna sebagai individu normal dan hubungan antara jantina adalah memuaskan. 
Menghapuskan beban pesakit sumbing
Mingguan Malaysia
4 Julai 2004
ms 26
Kesihatan

Oleh DR. AYU ABDULLAH
(Pakar Pergigian Masyarakat, Sarjana Perubatan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan)
KECACATAN rekahan bibir dan lelangit tanpa sindrom atau bahasa mudahnya, sumbing merupakan sejenis kecacatan sejak lahir.
Ia kerap berlaku di dalam dan luar negara. Kes-kes baru yang dilaporkan di seluruh dunia ialah satu dalam 500 kelahiran bayi hidup.
Dari sudut embriologi, sumbing disebabkan oleh kegagalan tulang muka dan lelangit untuk bercantum secara lengkap.
Proses ini berlaku pada peringkat awal kehamilan iaitu di antara minggu kelima hingga minggu kedua belas.
Di kalangan masyarakat Melayu, sumbing juga tidak terlepas dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan karut.
Antaranya, ada yang percaya ia disebabkan tindakan ahli keluarga wanita terbabit yang mencederakan haiwan atau mengail ikan semasa hamil.
Tidak dinafikan, agak sukar untuk menjejaki kanak-kanak yang sumbing kerana kebanyakannya dihantar ke rumah nenek mereka.
Ini disebabkan, ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti ini berasa malu. Kanak-kanak ini hanya ditemui oleh jururawat yang membuat lawatan pemeriksaan kesihatan. Tentunya, senario ini amat menyedihkan dan merumitkan proses rawatan kerana kebanyakan pesakit tidak dapat dihubungi.
Selain masalah perhubungan, keadaan nenek dan datuk yang tidak berupaya dari segi kesihatan, pengangkutan dan ekonomi menyebabkan rawatan berkala kepada pesakit sumbing tidak berjalan lancar.
Kira-kira lima dalam 200 kanak-kanak sumbing ini meninggal dunia.
Mereka yang meninggal dunia ini berusia kurang dari setahun. Kecacatan ini menyebabkan mereka sukar menghisap susu. Keadaan ini menyebabkan mereka mengalami masalah tumbesaran dan jangkitan paru-paru.
Dari sudut perubatan, semasa peringkat bayi, pesakit tidak dapat menghisap susu dengan sempurna. Ini menyebabkan air susu keluar melalui hidung dan telinga.
Kesannya, tumbesaran bayi menjadi lambat, bayi mudah dijangkiti kuman terutamanya pada telinga, saluran pernafasan dan paru-paru.
Masalah penampilan dan pertuturan menyebabkan mereka tidak diterima oleh masyarakat terutamanya pada peringkat awal persekolahan.
Apabila pesakit mengasingkan diri, kebanyakan mereka tidak berpelajaran dan tidak bekerja. Keadaan ini akan membebankan ahli keluarga kerana mereka tidak berupaya untuk berdikari.
Jenis-jenis sumbing
- Bibir kiri
- Bibir dan lelangit kanan dan kiri
- Lelangit.
Faktor-faktor penyebab
- Ibu merokok semasa hamil atau perokok aktif
- Ibu hamil yang terdedah kepada asap rokok atau perokok pasif
Kajian di Kelantan berhubung kesan perokok pasif terhadap kandungan bayi mendapati risiko kelahiran bayi sumbing meningkat sebanyak 2.3 peratus di kalangan ibu-ibu hamil yang terdedah kepada asap rokok
- Pengambilan ubat-ubatan semasa hamil - phenytoin semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi sumbing akibat kesan ubat tersebut.
- Pengambilan ubat tradisional
Kebanyakan wanita mengatakan kehamilan mereka tidak dirancang. Jadi, mereka yang mengambil jamu akan meneruskan pengambilan ubat tradisional tersebut, tanpa menyedari pertumbuhan bayi dalam rahim.
- Kekurangan asid folik sewaktu hamil
Asid folik sangat penting dalam pembinaan Dioksiribinukleik Asid (DNA) atau bahan asas untuk membina gen manusia.
Di Malaysia, vitamin asid folik diberikan secara percuma kepada ibu-ibu hamil. Kebanyakan wanita hanya menyedari tentang kehamilan mereka setelah tiga bulan.
- Keturunan
Tidak dinafikan, setiap kecacatan berpunca dari faktor genetik. Tetapi menurut Dr. Hart dari Amerika Syarikat, faktor keturunan hanya menyumbang sebanyak 30 peratus manakala, 70 peratus lagi berpunca daripada faktor-faktor persekitaran
- Perkahwinan sesama keluarga
- Penyakit yang berlaku secara sindromik (kumpulan)
Kanak-kanak yang mengalami penyakit secara kumpulan seperti Pateau, Sindrom Down, Sindrom Turner dan Sindrom van der woude berkemungkinan juga akan mengalami kecacatan rekahan pada bibir dan lelangit.
Rawatan sumbing
Meskipun rawatan kecacatan sumbing memakan masa yang lama dan juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi, namun hasilnya memuaskan. Ini kerana 98 peratus bayi yang dilahirkan sumbing adalah normal dan tidak mempunyai kecacatan di bahagian tubuh yang lain.
Bayi tersebut akan membesar dengan normal, bersekolah, bekerja, berkahwin dan tidak menjadi beban kepada keluarga dan masyarakat.
Antara tujuan rawatan adalah untuk memperelokkan wajah, melancarkan pertuturan dan meningkatkan keyakinan diri.
Panduan ibu bapa
Ibu bapa bayi akan diberikan kaunseling mengenai keadaan dan cara-cara penjagaan bayi
Surat rujukan akan diberikan kepada ibu bapa untuk bertemu dengan pakar-pakar dalam bidang kecacatan sumbing di hospital tertentu.
Di Kelantan misalnya, bayi-bayi berkenaan akan dirujuk ke Klinik Pergigian Kota Bharu.
- Tiga bulan
Pembentukan pada bibir melalui pembedahan.
- Enam kelapan bulan
Pembedahan untuk menutup lelangit yang sumbing.
- 12-18 bulan
Kanak-kanak akan diajar bertutur dengan betul oleh pakar pertuturan. Bagaimanapun, pertuturan yang baik dipengaruhi oleh tabiat, struktur fisiologi dan status sosial kanak-kanak.
- Lapan tahun
Pembedahan menggantikan tulang alveolar supaya gigi dapat tumbuh dengan teratur.
Rawatan pergigian yang komprehensif untuk memastikan keadaan mulut kanak-kanak bebas daripada karies gigi dan penyakit gusi.
- 15 tahun
Pembaikan akan dilakukan untuk mengurangkan kesan parut pada wajah akibat daripada pembedahan yang terdahulu.
- 16-18 tahun
Pembedahan membaiki rahang atas dan bawah supaya kedua-duanya dalam keadaan normal. Pakar psikologi akan menilai status psikologi pesakit.
Kejayaan rawatan yang diberikan bergantung kepada komitmen ibu bapa, pakar-pakar seperti pakar bedah muka dan mulut, rekonstruktif, telinga, hidung dan tekak, ortodontik, periodontik, psikologi, pertuturan dan doktor gigi.
Kesimpulannya, kehamilan yang terancang penting bagi mengelakkan faktor-faktor penyebab sumbing. Tetapi, jika usaha mencegah sudah dilakukan dan Tuhan mentakdirkan kelahiran bayi sumbing, maka terimalah anugerah tersebut dengan hati yang sabar dan reda kerana setiap takdir Tuhan ada hikmah-Nya.
Anda tidak keseorangan, dan hubungilah pihak hospital untuk kaunseling dan rawatan secara berkala.

Teori Pembelajaran Bruner
                Jerome S.Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915.  Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.  Beliau juga banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. 
                Belian bertugas sebagai professor di Universiti Harvard di Amerika Syarikat dan dilantik sebagai pengarah di Pusat Pengajaran Kognitif dari tahun 1961 sehungga 1972 dan memainkan peranan penting dalam struktur Projek Madison di Amerika Syarikat.  Setelah itu, beliau menjadi seorang professor Psikologi di Universiti Oxford di England.
                Jerome S.Bruner adalah seorang ahli psikologi perkembangan dan ahli psikologi belajar kognitif.  Pendekatannya tentang psikologi adalah eklektik.  Penelitiannya banyak meliputi persepsi manusia, motivasi, belajar dan berfikir.  Dalam mempelajari manusia, ia menganggap manusia sebagai pemroses, pemikir dan pencipta informasi.  Bruner menganggap bahawa belajar itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.  Pandangan terhadap belajar yang disebutnya sebagai konseptualisme instrumental itu, didasarkan pada dua prinsip iaitu pengetahuan orang tentang alam didasarkan pada model-model mengenai kenyataan yang dibangunkannya, dan model-model itu diadaptasikan pada kegunaan bagi orang itu. 
                Menurut Bruner, belajar bermakna hanya dapat terjadi melalui belajar penemuan.  Pengetahuan yang diperoleh melalui belajar penemuan bertahan lama, dan mempunyai kesan transfer yang lebih baik.   Belajar penemuan meningkatkan penularan dan kemampuan berfikir secra bebas dan melatih berketrampilan kognitif untuk menemukan dan memecahkan masalah.

Teori instruksi menurut Bruner hendaklah mencakupi:
1.      Pengalaman-pengalaman optimal bagi siswa untuk mau dan dapat belajar, ditinjau dari segi aktivasi, pemeliharaan dan pengarahan.
2.      Penstrukturan pengetahuan untuk pemahaman optimal, ditinjau dari segi cara penyajian, ekonomi dan kuasa.
3.      Perincian urutan-urutan penyajian materi pelajran secara optimal, dengan memperhatikan faktor-faktor belajar sebelumnya, tingkat perkembangan anak, sifat materi pelajaran dan perbedaan individu.
4.      Bentuk dan pemberian reinforsemen.

  Ciri khas Teori Pembelajaran Menurut Bruner

1. Empat Tema tentang Pendidikan
Tema pertama mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan. Hal ini perlu karena dengan struktur pengetahuan kita menolong siswa untuk untuk melihat, bagaimana fakta-fakta yang kelihatannya tidak ada hubungan, dapat dihubungkan satu dengan yang lain.
Tema kedua adalah tentang kesiapan untuk belajar. Menurut Bruner kesiapan terdiri atas penguasaan ketrampilan-ketrampilan yang lebih sederhana yang dapat mengizinkan seseorang untuk mencapai kerampilan-ketrampilan yang lebih tinggi.
Tema ketiga adalah menekankan nilai intuisi dalam proses pendidikan. Dengan intuisi, teknik-teknik intelektual untuk sampai pada formulasi-formulasi tentatif tanpa melalui langkah-langkah analitis untuk mengetahui apakah formulasi-formulasi itu merupaka kesimpulan yang sahih atau tidak.
Tema keempat adalah tentang motivasi atau keingianan untuk belajar dan cara-cara yang tersedia pada para guru untuk merangsang motivasi itu.

2. Model dan Kategori
Pendekatan Bruner terhadap belajar didasarkan pada dua asumsi. Asumsi pertama adalah bahwa perolehan pengetahuan merupakan suatu proses interaktif. Berlawanan dengan penganut teori perilakau Bruner yakin bahwa orang yang belajar berinteraksi dengan lingkungannya secara aktif, perubahan tidak hanya terjadi di lingkungan tetapi juga dalam diri orang itu sendiri.
Asumsi kedua adalah bahwa orang mengkontruksi pengetahuannya dengan menghubungkan informasi yang masuk dengan informasi yang disimpan yang diperoleh sebelumnya, suatu model alam (model of the world). Model Bruner ini mendekati sekali struktur kognitif Aussebel. Setiap model seseorang khas bagi dirinya. Dengan menghadapi berbagai aspek dari lingkungan kita, kita akan membentuk suatu struktur atau model yang mengizinkan kita untuk mengelompokkan hal-hal tertentu atau membangun suatu hubungan antara hal-hal yang diketahui.    

3. Belajar sebagai Proses Kognitif
Bruner mengemukakan bahwa belajar melibatkan tiga proses yang berlangsung hampir bersamaan. Ketiga proses itu adalah (1) memperoleh informasi baru, (2) transformasi informasi dan (3) menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan (Bruner, 1973).
Informasi baru dapat merupaka penghalusan dari informasi sebelumnya yang dimiliki seseorang atau informasi itu dapat dersifat sedemikian rupa sehingga berlawanan dengan informasi sebelumnya yang dimiliki seseorang. Dalam transformasi pengetahuan seseorang mempelakukan pengetahuan agar cocok dengan tugas baru. Jadi, transformasi menyangkut cara kita memperlakukan pengetahuan, apakah dengan cara ekstrapolasi atau dengan mengubah bentuk lain.
Hampir semua orang dewasa melalui penggunaan tig sistem keterampilan untuk menyatakan kemampuanny secara sempurna. Ketiga sistem keterampilan itu adalah yang disebut tiga cara penyajian (modes of presentation) oleh Bruner (1966). Ketiga cara itu ialah: cara enaktif, cara ikonik dan cara simbolik.
Cara penyajian enaktif ialah melalui tindakan, jadi bersifat manipulatif. Dengan cara ini seseorang mengetahui suatu aspek dari kenyataan tanpa menggunakan pikiran atau kata-kata. Jadi cara ini terdiri atas penyajian kejadian-kejadian yang lampau melalui respon-respon motorik. Misalnya seseorang anak yang enaktif mengetahui bagaimana mengendarai sepeda.
Cara penyajian ikonik didasarkan atas pikiran internal. Pengetahuan disajikan oleh sekumpulan gambar-gambar yang mewakili suatu konsep, tetapi tidak mendefinisikan sepenuhnya konsep itu. Misalnya sebuah segitiga menyatakan konsep kesegitigaan.
Penyajian simbolik menggunakan kata-kata atau bahasa. Penyajian simbolik dibuktikan oleh kemampuan seseorang lebih memperhatikan proposisi atau pernyataan daripada objek-objek,  memberikan struktur hirarkis pada konsep-konsep dan memperhatikan kemungkinan-kemungkinan alternatif dalam suatu cara kombinatorial.
Sebagai contoh dari ketiga cara penyajian ini, tentang pelajaran penggunaan timbangan. Anak kecil hanya dapat bertindak berdasarkan ”prinsip-prinsip” timbangan dan menunjukkan hal itu dengan menaiki papan jungkat-jungkit. Ia tahu bahwa untuk dapat lebih jauh kebawah ia harus duduk lebih menjauhi pusat. Anak yang lebih tua dapat menyajikan timbangan pada dirinya sendiri dengan suatu model atau gambaran. ”Bayangan” timbangan itu dapat diperinci seperti yang terdapat dalam buku pelajaran. Akhirnya suatu timbangan dapat dijelaskan dengan menggunakan bahasa tanpa pertolongan gambar atau dapat juga dijelaskan secara matematik dengan menggunakan Hukum Newton tentang momen.

4. Ciri khas Teori Bruner dan perbedaannya dengan teori yang lain
Teori Bruner mempunyai ciri khas daripada teori belajar yang lain yaitu tentang ”discovery” yaitu belajar dengan menemukan konsep sendiri. Disamping itu, karena teori Bruner ini banyak menuntut pengulangan-penulangan, maka desain yang berulang-ulang itu disebut ”kurikulum spiral kurikulum”. Secara singkat, kurikulum spiral menuntut guru untuk memberi materi pelajaran setahap demi setahap dari yang sederhana ke yang kompleks, dimana materi yang sebelumnya sudah diberikan suatu saat muncul kembali secara terintegrasi di dalam suatu materi baru yang lebih kompleks. Demikian seterusnya sehingga siswa telah mempelajari suatu ilmu pengetahuan secara utuh.
Bruner berpendapat bahwa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Anak-anak membentuk konsep dengan melihat benda-benda berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbedaan. Selain itu, pembelajaran didasarkan kepada merangsang siswa  menemukan konsep yang baru dengan menghubungkan kepada konsep yang lama melalui pembelajaran penemuan.


Rujukan
http://arifwidiyatmoko.wordpress.com
http://ww.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran