Rancangan pengajaran harian
Tarikh : 21 februari 2011
Hari : Isnin
Masa : 0730 pagi-0800 pagi
: 0800 pagi-0830 pagi
Tahun : Prasekolah
Objektif :
Guru dapat mengajar pelajar tentang asas dalam muzik dan mendedahkan pelajar kepada muzik.
Hasil pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:
i. Mengetahui apa itu muzik dan asas muzik.
ii. Mempertingkatkan kebolehan membaca.
iii. Memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor.
iv. Menyanyi lagu ‘tepuk amai-amai’.
Langkah-langkah | Isi pelajaran | Aktiviti pelajar | Bahan bantu mengajar |
Set induksi (5 minit) | Video lagu: tepuk amai-amai | Pelajar menonton video yang ditunjukkan oleh guru. Pelajar mendengar lagu yang dipasangkan oleh guru di komputer. | komputer |
Sesi pengajaran | Menyanyi. | Pelajar menyebut perkataan demi perkataan dengan bantuan . Pelajar membaca lirik lagu baris demi baris. Pelajar menyanyikan lagu baris demi baris. Pelajar menyanyikan lagu rangkap demi rangkap. Pelajar menyanyi keseluruhan lagu. Pelajar menyanyi bersama-sama guru. Pelajar menyanyi dengan diiringi muzik bersama-sama guru. Pelajar menyanyi dengan diiringi muzik tanpa guru. | komputer Kad manila |
penutup | Nyanyia lagu tepuk amai-amai secara beramai-ramai. | Pelajar menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan dan melakukan gerakan/tarian bebas mengikut kesukaan mereka. | komputer |
Refleksi:
i. pelajar dapat membaca perkataan yang terdapat dalam lirik lagu ‘tepuk amai-amai’.
ii. Pelajar dapat menyanyikan lagu ‘tepuk amai-amai’ dengan kreativiti masing-masing.
iii. Pelajar dapat memperkembangkan kemahiran kognitif mereka dan mempertingkatkan perkembangan psikomotor.
No comments:
Post a Comment