Monday, April 4, 2011

MASALAH PERTUTURAN
Sama ada masalah bertutur, masalah berbahasa atau kedua-duanya sekali. Masalah pertuturan membabitkan gangguan pada penghasilan sebenar bunyi pertuturan. Masalah bahasa membabitkan kesukaran dalam menghasilkan pertuturan. perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami.
Selain itu, ada juga masalah pertuturan yang membabitkan kecelaruan kelancaran dan suara. Kecelaruan kelancaran adalah aliran pertuturan terganggu oleh penghentian, pemanjangan (ssss-saya) atau pengulangan bunyi (s-s-s-saya) dan suku kata (sa-sa-sa-saya) yang tidak normal.
Kecelaruan suara pula membabitkan masalah dalam penggunaan nada, kekuatan dan kualiti suara. Ini dicirikan dengan kualiti suara yang kasar (harsh), berangin (breathy), tegang (strained), sengau (hipo atau hipernasaliti) atau nada yang terlalu tinggi atau rendah.
Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran kepada pendengar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh penutur dan seterusnya mengganggu komunikasi.

KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Masalah masalah pertuturan adalah :
·         Kecacatan suara
·         Penyebutan bunyi
·         Pertuturan
·         Kelancaran

INDIVIDUALS WITH DISABILITIES EDUCATIN (ACT )
Individuals with Disabilities Education Act (ACT ) merupakan suatu masalah komunikasi seperti gagap, masalah penyebutan, masalah bahasa, atau masalah suara yang memberi kesan yang kurang baik terhadap pencapaian dalam pengajaran.
ASPEK DALAM PERTUTURAN
Terdapat 4 unsur dalam pertuturan. Unsure-unsur tersebut ialah :
1. Suara –pitch, kekuatan, kualiti
 2. Bunyi –suara kuat, suara lemah, nyaring
 3. Artikulasi –gigi, lelangit, bibir, lidah
 4. Kelancaran –tutur tanpa teragak-agak,
                   teragak-agak.

MASALAH ARTIKULASI

Masalah artikulasi juga dikenali sebagai bunyi pertuturan abnormal. Aspek-aspek yang terdapat dalam masalah artikulasi ialah :
·         Penggantian bunyi: wabbit (rabbit), lali (lari)
·         Pengguguran bunyi: idung (hidung),   atuk(datuk)
·         Pengubahan bunyi: perkataan asal hilang maknanya: ship (sheep), honest (onest)
·         Penambahan: annimamal (animal), happy (happy )

MASALAH SUARA         
Masalah ini adalah disebabkan oleh pengeluaran udara daripada paru melalui hidung dan bukan daripada mulut. Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran kepada pendengar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh penutur dan seterusnya mengganggu komunikasi.
Aspek yang terlibat dalam masalah suara ialah :-garau
                                                                              -serak
                                                                                   -sengau

No comments:

Post a Comment