Thursday, March 31, 2011

Integrasi pada seni dalam pendidikan
Konsep integrasi pada seni dalam pendidikan menggalakkan pembangunan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.  Dalam konsep Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR), konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan niali-niali murni dilakukan bersepadu dan menyeluruh.  Ini membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.  Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.

Kesan-kesan integrasi pada seni
         I.            Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.
       II.            Memupuk nilai kerjasama.
     III.            Memenuhi keperluan social yang asas.
     IV.            Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
       V.            Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan senang difahami, guru hendaklah menggunakan cara pengintegrasian seni dalam pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk matapelajaran yang diajar.  Guru boleh mengintegrasikan tajuk derngan seni visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. 
Guru juga boleh mengaitkan lagu dengan tajuk yang hendak diajar.  Guru boleh melakukan aktiviti menari dan menyanyi.  Dengan melakukan pergerakan, kebosanan dalam kalangan pelajar dapat dielakkan.  Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekaligus member kecekapan psikomotor pelajar.
Pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran juga dapat mempertingkatkan daya kreativiti pelajar.  Melalui aktiviti mewarna, pelajar dapat mengekspresi perasaan seperti marah,gembira, sedih dan sebagainya melalui warna yang digunakan.  Dari aktiviti ini, pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan.
Guru juga boleh menguntegrasikan seni muzik dalam tajuk yang hendak diajar.  Bunyi-bunyian dapat memberikan gambaran kepada pelajar tentang apa yang mereka pelajari.  Dengan aktiviti ini, secara tidak langsung pelajar dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-bunyi dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

.


No comments:

Post a Comment